Pen4mpilan Jeans Nampak Lutut, Nora Danish Jadi Tumpuan Lagi, Makin Tua Makin Menjadi-Jadi

Pelakon Nora Danish sering menjadi tumpuan wargamaya di platform media sosial. Dari segi cara hidup, penampilan diri kerap dijadikan topik utama.

Terbaru foto Nora memakai seluar ‘ripped jeans’ membuatkan dirinya menjadi mangsa kec4man sekali lagi.

Memilih untuk mengenakan kemeja bersama ‘ripped jeans’ sehingga terded4h bahagian lutut, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif mengund4ng netizen untuk menegur di Instagram (IG) miliknya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tidak elok untuk pelakon filem Polis Evo berpakaian seperti itu memandangkan dia memegang status isteri dan ibu. Malah, umurnya juga bakal menginjak 40 tahun pada 7 Mac ini.

Ada juga perasan aktres popular dengan watak utama Puteri ini kerap memuat naik ‘content’ yang keterlaluan sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, ada juga segelintir pengikut yang menyindir dengan mengaitkan momen Nora berjaya khatam Al-Quran memandangkan bulan Ramadan akan tiba dalam sebulan lagi.

Sumber: Instagram @noradanish