Penyanyi Widi Vierratale Berdepan Hvkuman P3njara Kerana TanggaIkan Pakaian Atas Pentas

Penyanyi Widi Viarratale berdepan tindakan undang-undang susulan aksi beraninya membuka baju ketika membuat persembahan di daerah Palu, Sulawesi Tengah pada Oktober lalu.

Satu laporan berhubung perkara tersebut dibuat oleh seorang individu bernama Zainul Arifin yang menjadi wakil masyarakat daerah berkenaan.

Menerusi laporan itu, Widi dikatakan beraksi kurang sopan dan boleh dikenakan hukuman penjara serta denda dianggarkan berjumlah RM1.4 juta.

“Tingkah laku itu bukan contoh kepada generasi muda. Maka dengan itu mewakili masyarakat Sulawesi, sebagai ketua undang-undang saya melaporkan hal ini,” jelas Zainul seperti yang dipetik dari Detik.

Sementara itu Widi dalam satu kenyataan sebelum itu menjelaskan aksi tersebut sudah biasa dilakukan oleh mana-mana penyanyi ketika membuat persembahan.

Bagaimanapun disebabkan zaman media sosial, perlakuan itu menjadi tular dalam kalangan masyarakat sehingga dia menerima hukuman.

“Dalam setiap persembahan saya akan ada interaksi bersama penonton. Hal begini sering dilakukan oleh penyanyi dahulu. Mereka biasa melakukannya”

“Saya masih memakai sports bra di bahagian dalam. Bukannya berbogel,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com