
Gara-gara satu posting fake yang edit dan menggunakan nama FB Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang verified, portal RK telah terpedaya untuk menaikkan artikel bertajuk ‘Siti NurHaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik’.
Namun artikel tersebut telah mereka padam dan gugurkan dari menjadi tatapan pembaca RK setelah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri menafikan bahawa posting tersebut bukan dari dirinya sendiri dengan memuat naik status di Instagram miliknya semalam.
Posting berita palsu ini juga telah disebar merata-rata dan menyakinkan bahawa posting tersebut posting sebenar menyebabkan ramai yang terpedaya termasuk pihak RK.
“Dengan ini, RK dengan rendah hati memohon maaf kepada Dato Sri Siti NurHaliza dan kami akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi”.
Kepada sesiapa yang melakukan FB Fake ini, kami mengharapkan mereka insaf dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: achikdia.com/rk