Punyalah Beriya P3gang Sana P3gang Sini, Cinta Sana Cinta Sini Tiba-Tiba Janna Nick Hint Hubungan Sudah Berakhir

PELAKON dan penyanyi Janna Nick menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila dia dikatakan sudah berpisah dengan teman lelakinya, Dini Schatzmann.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran bahawa cinta mereka sudah pun berakhir.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulsinya.

Pelakon itu turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Janna memuat naik status yang menimbulkan spekulasi ramai.

Terdahulu, Janna ada memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang seolah-olah menjelaskan status terbaharu dirinya.

Dalam video tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai Janna, berusia 27 tahun, single dan tidak suka membuka bungkusan sambal.

Status dimuat naik aktes itu membuatkan peminat terkejut namun mendoakan hubungannya dengan Dini, 28, dalam keadaan baik.

“Seriuslah Janna Nick dah kembali single. Semoga yang baik-baik buat awak.

“Single itu bujang, bukan single tiada kekasih,” komen peminat di TikTok.

Janna dikatakan putus cinta dengan Dini Schatzmann.

Hubungan Janna dan Dini dikatakan sudah berakhir.

Memandangkan Janna menutup komen di Instagram, peminat mula ‘menyerang’ hantaran terbaharu Dini yang ingin mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka.

Sementara itu, menerusi tinjauan mStar, Janna sudah unfollow Instagram Dini namun aktor itu masih mengikuti akaunnya.

Usaha mendapatkan komen pasangan itu berhubung isu berkenaan bagaimanapun tidak berjaya apabila Janna dan Dini gagal dihubungi.

Untuk rekod, Janna dan pelakon drama Cik Reen & Ngok Ngek itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar