Punyalah Kaya, Inilah Hadiah AC Mizal Untuk Anak Lelakinya Sempena Hari Jadi Ke 18, Dapat Kereta Apa tu?

Pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal membuat kejutan dengan menghadiahi anak lelakinyanya, Reeve Damien sebuah kereta baharu jenis Mercedes-Benz bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun.

Menurut AC, meskipun sudah bertambah usia, dia dan isteri akan tetap memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi baharu itu.

“Terima kasih kepada King Merc kerana menguruskan segalanya dan membuatkan anak saya gembira,” tulisnya.

Video kejutan itu turut dikongsikan oleh pengacara program, The Mask Singer Malaysia itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Lihat video yang dikongsikan

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Reeve dilihat amat teruja saat meneria hadiah pemberian daripada kedua ibu bapanya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Reeve.

“Wow, hebatnya! Happy birthday,” komen penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah

“Alhamdulillah rezeki sekeluarga. Semoga rezeki terus melimpah ruah buat Datuk dan Datin,” kata pelakon senior, Fauziah Nawi.

“Wah, alamdulillah! Anak yang baik. Jaga mummy dan daddy ye,” balas pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

“Alhamdulillah, moga murah rezeki lagi hendaknya,” tulis pemilik akaun, Fierra Exora.

“Anak yang menjadi pembawa rezeki hebat. Selayaknya untuk Damien,” balas pemilik akaun, Eila Marcella.

Terdahulu, AC dan Reeve telah melancarkan single terbaru mereka yang berjudul Mine Disember tahun lalu.

Setakat ini, muzik video lagu tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Youtube.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH & iG