Puteri Sarah Minta Ira Kaza Sediakan Duit Siap-Siap, Mana Mau L4ri, Dua Pegvam Akan Datang

Puteri Sarah mengakui dia menyesal tidak membuat laporan polis dari dulu lagi terhadap wanita yang menjadi pengacau rumah tangganya.

“Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis”

“Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam”

“Akhirnya, kena kacau ‘double triple’ teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya menerusi video di akaun TikToknya.

Tambahnya lagi kini dia terpaksa mendapatkan khidmat undang-undang bagi menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan itu.

“Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari.

“Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap”

Sebagai info, rumah tangga Sarah dan Syamsul Yusuf dilandai badai selepas Ira Kaza didakwa menjadi puncanya.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cari