Puteri Sarah Terima Mesej D4kwa Suami Dah Nikahi Ira Kazar, Kej4mkan Manvsia

Pendedahan pelakon wanita, Puteri Sarah Liyana di Insta Story miliknya semalam telah menghadirkan tanda tanya kepada banyak pihak apabila seakan memberitahu perihal rumah tangganya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

“Soroklah selagi boleh sorok”

Walaupun tidak menjelaskan apa-apa, pelakon itu sepertinya mengatakan meluahkan perasaan apabila dipercayai ditipu seseorang yang menyorokkan kebenaran ke atasnya.

Tahu sehari sebelum lahirkan Sumayyah

Jelasnya lagi, dia mengetahui perihal ‘hari tersebut’ sebelum melahirkan anak keduanya iaitu Sumayyah. Ujarnya lagi, orang-orang disekeliling dilihat seperti merasakan diri mereka betul dan telah memanipulasikan dirinya.

Jadi, disebabkan sudah lama memendam rasa, dia berharap agar 2023 akan dapat membongkar segala penipuan yang telah berlaku sebelum ini.

Dapat mesej suami dah nikah lain?

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati ini telah memuat naik tangkapan layar mesej yang diberi oleh seseorang kepadanya dengan mendakwa bahawa suami Puteri Sarah sudahpun berkahwin dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon senior.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah mengatakan yang dia sama sekali tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara berkenaan.

Perkongsian pelakon tersebut seperti memberi bayangan tentang keadaan rumah tangganya yang dilihat seperti kurang baik sejak beberapa waktu kebelakangan ini.

Dia juga telah menfailkan saman kepada Ira Kazar kerana didakwa menggangu ketenteramannya dan keluarga menerusi media sosial. Kes tersebut juga masih berjalan di mahkamah sehingga ke hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lg Puteri Sarah Liyana/achikdia.com