Rah1m Sepahtu Berlakon Dengan Kedua-Dua lsterinya, Tak Pernah Dibuat DaIam Industri

Buat pertama kali dalam sejarah pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu telah tampil dalam satu rancangan TV bersama kedua orang isterinya.

Untuk yang tak tahu, Rahim telah mempunyai dua orang isteri. Isteri pertamanya bernama Kolin manakala isteri kedua pula bernama Lily.

Kisah Rahim mempunyai dua orang isteri ini ramai yang tahu malah selalu jadi bahan kepada rakan-rakannya terutama geng Sepahtu.

Namun kali ini memang special sikit apabila Rahim akhirnya tampil bersama dua orang isterinya di sebuah rancangan Astro.

Rancangan berkenaan ialah Rasa Nostalgia Ramadhan edisi tahun 2021. Yes betul ini tahun lepas punya.

Melalui laporan Astro Gempak, kedua-dua madu ini ini dilihat amat sporting dan professional sepanjang 30 minit rancangan berkenaan ke udara.

Walaupun Kolin dan juga Lily tidak pernah berlakon dan muncul di kaca TV, namun penampilan mereka berdua wajar di puji.

Ini ditambah lagi dengan kehadiran Rahim yang memberi lawak-lawak secara spontan kepada kedua-dua isterinya itu.

Dalam Rasa Nostalgia Ramadhan, ianya dimulai dengan sedikit sketsa antara ketiga-tiga mereka.

Pada mulanya, Kolin ada meminta Rahim membeli barangan dapur untuk masak. Rahim kemudian mahu membeli barang-barang berkenaan di sebuah kedai.

Kedai itu pula dijaga oleh seorang janda, dan ianya dilakonkan oleh Lily.

Setelah sedikit sketsa, rancangan ini diteruskan dengan isteri dan Rahim memasak dua hidangan yang baginya membuatkan dirinya teringat air tangan ibunya.

Masakan yang disediakan ialah ayam masak merah gula Melaka dan juga pencuci mulut trifle pudding buah-buahan.

Ini video teaser untuk rancangan ini. Ianya ditayangkan di Astro Prima dan juga On The Go.

Sementara itu ini ada beberapa gambar sekitar rancangan ini

Ini babak melibatkan Kolin dan Lily

Kepada yang mahu menonton episod penuh kalian bolehlah ke Astro Demand dan search Rasa Nostalgia Ramadhan musim ketiga.

Boleh layan telatah Rahim dan juga dua orang isterinya ini iaitu Kolin (isteri pertama) dan Lily Khay (isteri kedua).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Fb Rasa