
Isteri kepada penyanyi veteran Dato’ ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman membuat pendedahan mengejutkan apabila memuat naik gambar seorang wanita dengan kapsyen ‘penyondol’.
Namun, kapsyen itu telah disunting menyatakan wanita itu adalah isteri kepada suaminya.
Lebih mengejutkan apabila penyanyi terkenal, Shila Amzah memuat naik gambar di Instagram Story menjejaki wanita tersebut.
Tulis penyanyi ini, wanita itu pernah menjadi kawan baiknya sewaktu sekolah menengah di SMK Setapak Indah. Shila memohon sesiapa yang mengenali wanita ini supaya membantunya.
Memetik laporan Berita Harian, Shila Amzah enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang dihadapi mereka sekeluarga kini.
Pelantun lagu Patah Seribu ini memerlukan sedikit masa kerana sebagai anak sulung dia perlu menjernihkan keadaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: BH/shila/achikdia.com