Ramai Artis K3cewa Dengan Pandangan Ustazah ViraI Kerana D4kwa SaIam BoIeh R0sak Roh & Jiwa, Patut Bimbing, Bukan Hin4

Sejak kebelakangan ini, nama Ustazah Siti Afifah menjadi bualan hangat netizen berikut dia berani tampil menyelar tindakan seorang suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sehingga digelar dayus.

Salam artis boleh rosakkan roh dan jiwa

Selepas itu, dia kembali  kecoh di media sosial apabila memberi kenyataan bahawa bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan roh dan jiwa seseorang.

Katanya, masyarakat zaman sekarang berlumba-lumva untuk berjumpa dan bersalaman dengan artis. Sebaliknya mereka harus teruja berjumpa dan bersalaman dengan alim ulama. Ini kerana bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa dalaman seseorang jika dibandingkan dengan mereka yang rajin beribadah.

“Salam artis tu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya”

“Tetapi bila kita berjumpa dengan orang-orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri,” jelasnya.

Ustazah patut bimbing, bukannya hina

Tidak berdiam diri, ramai artis tempatan tampil bersuara mengenai kenyataan dan cara penyampaian ustazah tersebut. Antaranya adalah penyanyi, Aishah.

Menurut Aishah, ustazah berkenaan tidak patut menyampaikan ‘dakwah’ dengan cara sedemikian ini kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan selebriti. Jelasnya lagi, ustazah berkenaan seharusnya menunjukkan contoh terbaik buat mereka dan bukannya menghina.

“Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu, Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis, roh orang itu akan hilang?”

“Ustazah dah hina sekelompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap. Sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?” ujarnya.

Tambah Aishah, cara penyampaian ustazah berkenaan dalam memberikan pandangan boleh mendatangkan persepsi buruk kepada mereka yang menganuti agama lain.

Azza Elite jemput ustazah datang bagi ceramah di masjid

Selain itu, selebriti Azza Elite juga tampil bersuara dengan menjemput ustazah berkenaan untuk hadir ke Masjid Ukay Perdana pada 13 November ini bagi memberi sedikit ceramah dan perkongsian ilmu.

Ingat artis ni binatang ke?

Malah, penyanyi otai, Dato Hattan juga tampil memberi respon menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Kamu cakap artis ini standard entah apa-ap. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallah ke?” ujarnya.

Katanya lagi, tidak semua artis berkongsi amalan kebaikan mereka di media sosial selain meminta ustazah berkenaan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig dato_hattan/azzaelite/aishahjmm/achikdia.com