Ramai Netizen Bersvara, Berang Dengan Tind4kan Emma Maembong K0ngsi Cara Bvang Dakwat Mengundi

Sejak semalam, media sosial dbanjiri dengan gambar dan video memaparkan jari berdakwat kekal selepas memangkah iaitu mengundi sambil menulis “Dah selesai undi”.

Pun begitu, terdapat segelintir daripada mereka tidak selesa apabila dakwa kekal mengundi itu berada di jari dalam tempoh yang lama. Malah, mereka juga bersusah payah mencari kaedah menghilangkan dakwat kekal di jari.

Turun mengundi, Emma kongsi kaedah buang dakwat kekal di jari

Terbaharu, selebriti cantik, Emma Maembong berkongsi satu kaedah yang mungkin boleh digunakanpakai oleh pengikutnya bagi menghilangkan dakwat kekal di jari mereka.

Menerusi video dimuat naik, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu cara mudah untuk menghilangkan dakwat kekal tersebut dengan menggunakan removal cream jenama Veet.

“Cara hilangkan dakwat di jari, guna Veet. Letakkan dalam beberapa saat, kemudiannya gosok sampai bersih,” tulisnya.

Takpelah, 5 tahun sekali je..

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing mengatakan adalah tidak mengapa sekiranya dakwat tersebut kekal di jari dalam tempoh agak lama.

Mereka berkata sedemikian memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) hanya diadakan lima tahun sekali sahaja dan memori ini sukar untuk diperolehi kecuali berlakunya Pilihan Raya Kecil.

Biarlah, boleh claim diskaun

Selain itu, ada juga netizen mengatakan mereka boleh menuntut diskaun yang ditawarkan oleh segelintir restoran makanan segera dan mana-mana yang tawarkan promosi sekiranya jari mereka masih mempunyai dakwat kekal.

Dia share untuk kawan2 artis

Tidak kurang juga netizen mengatakan tips tersebut sesuai bagi rakan-rakan artis memandangkan mereka akan memulakan sesi penggambaran.

Sekadar info, warna dakwat kekal di jari akan bertukar menjadi kehitam-hitam disebabkan terdedah kepada cahaya matahari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig emma_maembong/achikdia.com