Ramai Peminat Tak PeduIi Dan Kisah PasaI Tiz Zaqyah Berdugem, Dia Memang, Dari Dulu Kaki CIubbing

Sudah biasa kita dengar artis pergi ke kelab malam, malah ada yang mengakui gemar ‘clubbing’ untuk berhibur dan menenangkan fikiran. Semuanya terpulang kepada perspektif masing-masing mengenai mereka.

Namun, biarlah berpada-pada dalam menjaga tingkah laku agar tidak memalukan diri dan dihimpit kontroversi seperti yang berlaku pada aktres cantik, Tiq Zayah beberapa tahun lalu.

Lama mendiamkan diri, nama pelakon berusia 34 tahun kembali menjadi bualan ramai apabila tular video dia berada di sebuah kelab malam.

Sekali sekala ‘berdugem’ tak salahkan kan?

Menerusi video dimuat naik @amishah_edruce di laman TikTok, dilihat Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak dilihat sedang berseronok bersama rakan-rakan.

Dalam video tersebut, turut memaparkan rakan perempuannya mencium pipi Tiz Zaqyah yang dilihat memakai baju t-shirt berkolar.

“Sekali sekala,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Dia memang kaki clubbing dari dulu

Bagaimanapun, para peminat dilihat tidak mudah melatah seperti kebanyakan video artis lain yang tular sedang berseronok di kelab malam. Sebaliknya, mempertahankan aktres yang pernah popular dengan drama Nur Kasih itu dengan mengatakan dia sudah lama pergi ke kelab malam dan sememangnya ‘ kaki clubbing’.

Selalu dah nampak

Dari muda sampai ke tua tetap legend

Terdahulu, Tiz Zaqyah pernah memberitahu dia tidak mahu bersifat hipokrit terhadap dirinya. Bagaimanapun, dia juga menasihati para peminat agar tidak terikut-ikut dengan sikapnya yang suka bersosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TikT0k amishah_edruce/achikdia.com