Ramai Sovnd Hafidz Roshdi Memang Kental Kerana Membiarkan Ruangan Komennya Dibanjiri Cemvhan

Sepanjang minggu lalu, media bersilih ganti melaporkan kisah kemelut rumah tangga antara Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Malah, Hafidz telah pun menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu dan lafaz tersebut disaksikan oleh ahli keluarga.

Selepas sah bercerai, aktor terbabit telah memuat naik sekeping gambar di platform media sosial dan lantas menjadi perhatian netizen.

Dalam gambar tersebut, Hafidz yang dilihat berada dipantai tidak menulis sebarang kapsyen, tetapi cuma meletakkan emoji berbentuk hati (love).

Di ruangan komen, beribu netizen mula membanjiri foto berkenaan sambil menitip nasihat, teguran dan tidak kurang juga kata-kata negatif.

Namun, sesuatu yang menarik apabila terdapat segelintir warganet menyifatkan Hafidz sebagai seorang lelaki berjiwa kental serta berhati kering.

Masakan tidak, pelakon Melastik Ke Hatimu itu berani membuka ruangan komen di akaun media sosialnya biarpun dipenuhi kecaman dan cemuhan daripada warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: BOOM/achikdia.com