Ramai Terkejut ApabiIa Amy Search Lompat Turun Dari Atas Speaker Tapi Jatvh & Bvat Peminat Sedih 64 Tahun Dah, Bahaya

Baru-baru ini, penyanyi rock legenda Datuk Amy Search menjayakan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Pahang sempena Karnival Keluarga Malaysia.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @rudyjerung2 ada memuat naik satu video memaparkan penyanyi berusia 64 tahun mengadakan persembahan sambil memanjat ke atas pembesar suara berdekatan pentas.

Bagaimanapun ketika melompat turun, Amy dilihat seolah-olah gagal mengimbangi badannya sekali gus menyebabkan dia terjatuh melutut sebelum segera bangun bagi meneruskan nyanyian lagu Pawana.

“Karvinal Anak Muda GEGOR Bera. Steady la otai kita… harap ok la kaki tu. Suara masih mantap,” tulis rudyjerung2 memuji persembahan Amy meskipun berlaku kejadian tidak diingini.

Rakaman pendek berdurasi tujuh saat itu menerima 213,500 dan hampir 400 komen netizen yang rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.

Namun pada masa sama, mereka turut menasihati bapa kepada pelakon Nabila Huda itu agar jangan terlalu aktif ketika membuat persembahan kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang kecederaan.

Jiwa je muda, tenaga tak berapa dah

Penonton boleh tolong nyanyi

Alamak! Tak pasal kaki sakit

Jangan lari, lompat.. bahaya dah 64 tahun

Selain Amy, konsert bagi menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera itu turut dimeriahkan oleh Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Anna Jobling dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Tt rudyjerung2/achikdia.com