Rupanya Sebab Hafiz Suip Tarik Diri Dari SFMM37 Kerana Netizen SpekuIasi Sedang Berdakwah lkut TabIigh

Hasrat peminat bagi melihat Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) tidak kesampaian apabila penyanyi itu memilih untuk menarik diri atas sebab tidak dapat dielakkan.

Memetik laporan Harian Metro, pengurus Hafiz iaitu Am berkata, dia memaklumkan agak sukar bagi menghubungi penyanyi berusia 32 tahun itu ketika ini (dua hari lalu).

“Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi”

“Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya”

“Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” kata Am.

Disebabkan perkara tersebut, timbul spekulasi mendakwa penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu kini menyertai jemaah tabligh sehingga membuat keputusan untuk tidak beraksi di pentas SFMM37.

Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, beberapa individu mendakwa mereka ternampak Hafiz bersama jemaah lain di sekitar Kemaman, Terengganu.

Berikutan dakwaan itu, netizen lain meluahkan rasa syukur serta mendoakan penyanyi berkenaan dipermudahkan segala urusan.

Jumpa dia ikut tabligh di Kemaman

Alhamdulillah…

Tengah berdakwah? Ada je di kampung saya sekarang

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan berhubung dakwaan ‘keluar 40 hari’ daripada Hafiz setakat ini.

Untuk makluman, dia sepatutnya menyanyikan lagu Berakhir Pencarianku bersama Ernie Zakri di SFMM37 pada hujung bulan ini tetapi digantikan oleh Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie.

Sejak dua tahun lalu, kisah Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip yang mendalami ilmu agama sering dilaporkan media sehingga ramai memuji usahanya berada di jalan Allah SWT.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hm/Ig Hafiz Suip/achikdia.com