Sebak Lihat Komen Ibu Mertua Puteri Sarah, lbu Syamsul Yusof Puji Kegigihan Cari Rezeki, Walau Hati Retak Seribu

Umum mengetahui mengenai kemeIut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof yang masih belum menemui tanda noktah.

Lebih menyayat hati, ibu mertua kepada Puteri Sarah dilihat turut terkesan dengan isu rumah tangga anaknya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan.

Baru-baru ini, ibu mertua Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail meninggalkan komen di sebuah video yang memaparkan Sarah sedang melakukan ‘review’ produk.

“MashaAllah gigih cari rezeki walau hati retak seribu. Semoga kebahagiaan milikmu,” tulis Patimah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak dengan komen yang ditinggal Patimah kepada menantunya itu.

Untuk info, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa berpunca daripada orang ketiga yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kazar sejak 5 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mytv Viral/achikdia.com