SeIepas Bapa Bvat HaI, Akhirnya Shila Amzah B0ngkar Semva, Meng4ku Menjadi M4ngsa Der4 Sehingga Travma

Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar serta telah memenangi pelbagai award di dalam dan di luar negara.

Mempunyai peminat yang ramai dari negara China setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di sana pada 2012. Dengan membawa pulang wang berjumlah hampir RM2.5 juta dengan kontrak di sana selama 6 tahun. Selepas tamat kontraknya, Shila kembali ke Malaysia bagi melebarka lagi sayapnya dalam industri muzik tanah air.

Shila Amzah Luah Perasaan Kepada Peminat

Shila amzah kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di intagram dan tiktok bagi berkongsikan kehidupan sehariannya bersama rakan-rakan serta anaknya. Baru-baru ini, keluarga Shila menjadi buah mulut netizen apabila ayahnya iaitu Nd Lala telah berkahwin satu lagi, di mana ibu tirinya itu merupakan bekas kawan baik Shila semasa dibangku sekolah.

Shila hanya mampu berdiam diri buat sementara waktu semasa isu tersebut hangat diperkatakan. Namun semalam, Shila membuat live di tiktok miliknya dan memberitahu sesuatu yang mengejutkan buat peminatnya yang menonton live tersebut.

“Sha nak bagi tahu korang satu benda, Sha adalah mangsa penderaan. mangsa dera emosi, mangsa dera fizikal, mangsa dera financial, semua. jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kene hadapi sampai hari ini. Dia merangkumi semua, boyfriend, suami, family” kata Shila

Shila memberitahu bahawa dia merupakan mangsa dera emosi, fizikal serta kewangan, namun Shila tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana khuatir akan membuka aib serta tidak mahu perkara ini menjadi besar.

Tambah Shila lagi, tidak mudah menjadi anak sulung kerana sering bermain dengan emosi serta tekanan. Namun perkara itu tidak dapat diluahkan olehnya, Tanggungjawab sebagai anak sulung sangat besar sehingga mengabaikan emosi sendiri kerana ingin menjaga emosi orang lain.

Menurut dari gaya percakapan Shila, dia menyimpan sesuatu beban yang besar dibahunya dan sekiranya diluahkan maka benda itu akan menjadi perkara yang sukar untuk dijelaskan serta aib buatnya.

Apa-apa pun, achikdia.com mendoakan buat Shila semoga apa jua masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan dengan baik tanpa membuat mana-mana pihak serta diri sendiri tersinggung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: murai/achikdia.com