SeIepas Ditvduh Mengandvngkan Anak AeriI, BCL Terus D3dah Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu, Sengs4ra 8 Bulan Berkurung Kerana Depr3si

Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akui amat gementar untuk kembali menjejakan kaki ke Malaysia selepas hampir tiga tahun pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.

Kata BCL, 39, Malaysia ibarat rumah keduanya yang menyimpan banyak memori dan kenangan terutama bersama arw4h suaminya sejak mereka mula berkenalan pada tahun 2007.

“Sebenarnya saya sangat nervous. Datang ke Malaysia, sangat istimewa buat saya. Perasaannya berbeza, ianya bukan seperti mengunjungi sebuah negara lain tetapi ia ibarat rumah saya tempat lahir suami saya serta sebahagian dari diri dan anak saya”

“Bukan senang untuk ke tempat yang banyak memori bersama keluarga terutama Ashraf. Saya mengalami anx1ety untuk beberapa hari sebelum ini”

“Demi impian konsert saya serta suami, saya rasa mungkin inilah masanya untuk saya beranikan diri kembali berada disini,” luahnya kepada Astro Gempak.

Bunga ditemui ketika berada di Malaysia untuk sidang media Konsert BCL Blossom Intimate Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada Rabu.

Mengimbau kembali saat kehilangan suami tercinta, BCL memberitahu dia berkurung selama lapan bulan tanpa keluar berjumpa dengan sesiapa.

“Dalam tempoh awal itu saya bertahan berada di rumah di Jakarta walaupun setiap sudut mengingatkan saya kepada Ashraf”

“Semua barang-barang serta foto miliknya masih berada di tempat yang sama. Saya belum ada kekuatan untuk berbuat apa-apa lagi”

“Malah selama lapan bulan itu saya bangun setiap hari dengan menangis dahulu dan kemudian baru boleh memulakan dengan rutin lain”

Saya hanya duduk di rumah tanpa berjumpa sesiapa dan saya boleh katakan sekarang saya semakin okay,” ceritanya.

Pelantun lagu Wanita Terbahagia itu bagaimanapun bangkit semula ke kehidupan yang lebih normal selepas mendapat raw4tan daripada ahli terapi menerusi aplikasi ‘Zoom’.

BCL ke Malaysia untuk mempromosikan konsert pertamanya di Malaysia dengan menampilkan lebih daripada 20 buah lagu.

Konsert Blossom Intimate Concert ini dibawakan oleh Icon Entertaiment pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peminat boleh membeli tiket di www.ticket2u.com.my. Harga jualan tiket bermula dari RM218 hingga RM1238.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sumber: gempak/achikdia.com