SeIepas Kak KM Bersvara Rimas Kini Diva AA PuIak Sovnd Pedas Pada Retis Sangkak Yang Cover Muka Anak Macam Orang Hadap Buat Netizen Tabik

Perkongsian pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi perhatian apabila memuji pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Menerusi statusnya itu, Diva AA turut memuat naik keratan artikel mengenai pasangan itu yang berkongsikan wajah anak ketiga mereka selepas dua hari dilahirkan.

Namun, apa yang menjadi perhatian Diva AA turut memerli artis yang masih menutup wajah anak mereka kerana takut dengan peminat. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian Diva AA itu ditujukan kepada siapa.

Semalam, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsikan wajah anak ketiga mereka yang diberi nama Salama Samheizy selepas dilahirkan pada Isnin lalu.

Netizen Harap Mira Filzah Tak Tampal ‘Sticker’ Pada Wajah Anak

Isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Selasa lalu, suami pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir ada memuat naik perkongsian terbaru buat tatapan umum.

Menerusi entri itu, Emir berkata dia dan Mira meluahkan rasa syukur di atas segala doa serta berterima kasih di atas pengorbanan kedua ibu bapa mereka. Emir turut memuat naik fotonya mendukung anak sulungnya serta Mira bersama bayinya itu.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga manah Allah ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya.

Perkongsian Emir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata mereka itu.

Dalam pada itu ada yang memuji kecantikan Mira yang tetap kekal cantik meskipun baru sahaja melalui proses bersalin serta tidak sabar melihat wajah anak pasangan itu.

Tidak kurang juga, ada netizen meminta pasangan itu tidak meletakkan sticker pada wajah anak mereka seperti yang dilakukan beberapa selebriti.

Selasa lalu, Wan Emir berkongsikan isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi lelaki. Lebih manis tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

SUMBER: Rk/Achikdia.com