
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Aaron bagaimanapun enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa. Selepas nama digugurkan, Aaron menerima tawaran berlakon dalam filem terbaru terbitan Yusof Haslam.
Memetik mStar Online, susulan kemelut rumah tangga terpalit anaknya dengan Puteri Sarah, pengarah terkenal itu mengakui sedih apabila ada yang mahu memboikot filem Syamsul serta menyifatkan ianya tidak adil.
“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.
“Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: mstar/achikdia.com