SeIepas Ramai Tidak Pu4s H4ti Dgn Adegan P4nas, Fizz Fairuz PuIa Sekolahkan Zul Dan Siti

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pun sudah bersuara. Harap ada la sikit tindakkan.”

Demikian reaksi pelakon Datuk Fizz Fairuz berhubung kenyataan dikeluarkan membabitkan video ‘teaser’ drama Perempuan Itu yang memaparkan adegan panas pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa hingga tular dan mencetuskan kontroversi.

Fizz menerusi hantaran di Instagram berkata, apa yang terjadi juga harap menjadi pengajaran buat semua.

“Bila tak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih dengan industri ini. Dua tahun Allah uji, kita mulakan dengan perkara baru, bukan perkara baru macam ini.

“Keluar TV atau tak, kita ada adab. Jangan syok sendiri. Harap pengajaran untuk semua,” katanya.

Ini respon Fizz Fairuz buat ramai setuju

Selain Fizz, pelakon Datin Seri Umie Aida turut memberi teguran atas apa yang berlaku.

“Saya sempat tgk post dari IG actor tersebut. Saya terus komen kat erma.. apa ceta korang buat ini.. gil.a ke ??? “-Umie Aida
RUPA-RUPANYA sejak awal lagi penerbit Erma Fatima sudah meluahkan kebimbangan mengenai babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Perkara itu didedahkan olehnya adiknya iaitu Datin Seri Umie Aida yang memberitahu Erma mengetahui ada babak terlalu daring yang kurang sesuai untuk tontonan umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit fasal isu ini… dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila dia tengok footage cerita ini.

“Dia kata mereka shoot (babak) sangat daring. Me (panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan.

“Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?” katanya menerusi laman Instagram.

Ini respon Fizz Fairuz buat ramai setuju

Perkongsian Umie Aida di Instagram.

Sementara itu, Umie berkata dia sudah menonton sedutan babak tersebut yang dikongsi oleh Zul Ariffin di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Justeru itu, dia meminta pihak sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan

“Saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma… apa cerita korang buat ini? Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu?

“Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan… antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

“Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau produser dan sebagai pelakon wajar tolak screenplay yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” ujarnya.

Netizen kecam babak panas lakonan Zul Ariffin.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm