SekaIi Lagi Azhar Sulaiman Beri K0men Padu Tentang PenampiIan S3ksi Anaknya Yang Dikec4m Tervk

Apa saja yang dikongsikan oleh anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona di laman sosial pasti menarik perhatian netizen terutamanya penampilan yang dikatakan terlalu s3kksi.

Sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan menegur kesilapan, Azhar berkata dia hanya mampu berdoa agar anaknya berubah menjadi lebih baik.

Kata pelakon berusia 50 tahun ini, anak-anak yang sudah meningkat dewasa tidak sesuai lagi untuk dirot4n dan perlu ditegur secara berhemah.

Penampilan Leona dikecam netizen

“Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu kita beri tegvran”

“Tetapi apa sahaja yang kita tegur itu, bukan mudah… kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa”

“Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah”

“Kita tak boleh merot4n atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya kepada mStar.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita beri teguran.

AZHAR SULAIMAN

PELAKON

Azhar ditemui ketika majlis tayangan dan pelancaran filem terbaharu berjudul Romp4k yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.’

Sebelum ini, video Leona bersama rakannya sedang menari dengan memakai gaun ketat dan terdedah pada bahagian d4da mengundang kec4man netizen.

Rata-rata netizen menegur gadis itu supaya mengingati agama dan tidak tampil dengan pakaian yang terlalu s3kksi.

Berkongsi mengenai perkembangan tiga orang anaknya, Azhar memberitahu mereka tidak akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

Menurut Azhar, anak-anaknya mempunyai pilihan kerjaya sendiri dan kejayaan mereka juga atas usaha keras isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

Anak-anak tidak ikut jejak Azhar masuk bidang seni

“Saya tak rasa anak-anak akan ikut jejak langkah saya masuk industri… Leona bakal menjadi seorang peguam, apa yang dia lakukan sekarang kerana ikut trend semasa orang main TikTok”

“Leona pun akan sambung belajar dalam bidang perundangan. Kembar dia pun dah mula bekerja. Kakaknya pula dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik”

“Tiada anak-anak yang akan ikut jejak langkah saya. Bagi saya, isteri antara punca utama kejayaan anak-anak kerana ini hasil usaha kerasnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar/Achikdia.com