Sekian Lama Kec0h HaI Syamsul Yusof dan Aaron Aziz, Akhirnya 0tai Lagi Berb1sa Rosyam Nor Bersvara

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor enggan untuk masuk campur dalam masalah yang berlaku diantara pengarah Syamsul Yusof dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz selepas digugurkan daripada filem The Original G3ngster.

Menurut laporan Harian Metro, aktor yang berusia 56 tahun itu hanya mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon dalam filem tersebut memandangkan dia sudah dibayar.

“Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mencampuri pertikaian membabitkan Syamsul dengan Aaron. Saya juga tidak berminat untuk ambil peduli mengenai isu. Ada baiknya saya teruskan penggambaran seperti diminta pihak produksi”

“Ketika bekerja saya tidak ambil tahu hal orang lain. Bila sampai dekat set penggambaran saya akan berlakon, jadi apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain saya tidak peduli,” katanya.

Jelasnya lagi, dia tidak mahu campur adukkan masalah kerjanya sebagai seorang penggiat seni dengan masalah-masalah produksi yang melibatkan artis lain.

Katanya, segala yang berlaku di luar jangkaan namun, konflik yang timbul tidak pernah sesekali menjejaskan atau menganggu proses penggambaran.

“Saya tidak mahu campur-adukkan kerja saya dengan masalah-masalah produksi. Konflik yang berlaku itu adalah masalah produksi dan bukannya masalah saya”

“Kenapa perlu sampai terganggu pula? Dalam hidup ini bukan semua yang kita mahukan boleh dapat. Ada perkara yang kita rancang tidak sempurna”

“Kalau tidak sempurna, kita mohon pada Allah dan habiskan saja kerja kita. Sebagai contoh, kalau bercinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Kalau berkahwin sekalipun tidak semestinya akan kekal,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: hm/achikdia.com