SeteIah Di4sak Netizen, Akhirnya AmeIina Mengakv Dia Tak Ada Kena-Mengena Dengan Saya Lagi, Dah Jadi Masa Lalu

Sejak video seorang lelaki membantai isterinya tular di media sosial, nama penyanyi dangdut, Amelina terus dipetik netizen selepas perakam video terbabit mendakwa bahawa individu bersikap kejam terbabit adalah bekas suaminya.

Tak boleh nak komen apa2

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro, Amelina, 48 memaklumkan yang dia tidak boleh mengeluarkan sebarang komen kerana individu terbabit sudah tidak ada kena-mengena dengannya.

“Saya tak boleh nak komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan. Kalau betul dia adalah bekas suami saya, dia dah jadi masa lalu saya,” kata.

Tambah pemilik nama sebenar, Norazlina Amir Sharipuddin itu, jika benar sekalipun individu terbabit adalah bekas suaminya seperti yang didakwa, bukan haknya untuk keluarkan sebarang kenyataan.

“Maknanya, dia dah tak ada kena mengena dengan saya. Jadi, saya mohon agar tidak dikaitkan lagi isu ini dengan saya,” ujarnya.

Tak mahu tonton video dera

Dalam pada itu, Amelina turut mengatakan yang dia belum lagi menonton video tersebut dan enggan menonton sebarang video berkaitan keganasan rumah tangga.

“Saya tak mahu menonton video itu,” jawabnya ringkas.

Mengulas lanjut berkenaan fasa perkahwinan dan penceraian yang pernah dialami, Amelina memaklumkan yang dia membuat tindakan tepat apabila keluar daripada perkahwinan selama 15 tahun itu.

“Saya sendiri mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu keputusan yang paling tepat sebab saya tak mahu merisikokan orang di sekeliling,” katanya.

Jangan hina mangsa kekerasan rumah tangga

Di akhir kenyataannya, penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu sempat menitipkan pesanan kepada semua supaya tidak memandang serong mangsa-mangsa keganasan rumah tangga kerana kesan trauma sangat mendalam.

“Jangan hina mangsa kekerasan dalam rumah tangga. Mereka yang berada dalam situasi ini sebenarnya terikat dengan beberapa perkara iaitu ketaatan kepada agama, suami dan persekitaran”

“Kesannya bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga mental dan bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia meninggalkan trauma yang besar”

“Jangan terlalu ‘menekan’ mereka yang menjadi mangsa ini. Janganlah dikata mangsa-mangsa ini, bodoh. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka rasakan,” katanya.

Untuk rekod, Amelina pernah mendirikan rumah tangga pada 26 April 1999 bersama Reduan Mahamood sebelum bercerai pada 29 Jun 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM/achikdia.com