
Baru-baru ini, isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dilihat ada memubuat siaran langsung bagi mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup‘.
Sesi live hampir sejam itu turut disertai pelakon Mawar Rashid yang turut memberikan kata-kata semangat serta menawarkan diri membantu dari segi menjalankan perniagaan.
Perkongsian Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat parut di wajah ibu kepada dua cahaya mata itu apatah lagi berpunca daripada suaminya sendiri.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih melihat wanita itu yang gigih berniaga untuk menjana pendapatan sendiri demi dirinya dan anak-anak.
Malah, rata-rata netizen mendoakan agar Shuhada dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya sehingga menerima 10 jahitan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: rk/achikdia.com