SeteIah Kec0h ND Lala Tambah Cawangan, Status Ibu Shila Amzah Cetvs Tanda Tanya Ramai

Perkongsian terbaru isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman menimbulkan persoalan dikalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, kapsyen dikongsikan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mempunyai maksud mendalam.

“Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH. Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH,” luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything,” tulisnya.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ayat tersebut ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar peringatan untuk dirinya sendiri.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia dengan wanita muda yang jauh usia dengan artis tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: hm/achikdia.com