SeteIah Sekian Lama Membujang, Akhrinya Fatin Afeefa Kongsi Video Wanita Sarung Cincin Se0lah Bertunang

Perkongsian pelakon Fatin Afeefa di Insta Story menjadi perhatian ramai memaparkan seorang wanita disarungkan cincin di jari manis oleh wanita lain seperti melangsungkan pertunangan.

Video dikongsikan itu sekaligus mengundang tanda tanya mengenai status terkini pelakon filem Tentang Bulan itu.

Bagaimanapun, dalam video berdurasi 15 saat itu tidak mendedahkan wajah kedua-dua wanita tersebut. Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Fatin sendiri berhubung spekulasi berkenaan.

Baru-baru ini, tular gambar memaparkan Fatin berjalan berpegangan tangan dengan seorang jejaka yang didakwa netizen sebagai kekasihnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai aktres itu perbalahan mengenai nafkah anak dengan bekas suaminya pelakon, Adam Shahz.

Kemudian, menerusi satu sesi Live Fatin membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam industri seni. Ujarnya, dia tidak mahu anak-anak berasa terganggu dengan kontroversi melanda dirinya ketika ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya/achikdia.com