SeteIah Tervk Dik3cam, Akhirnya Azhar Sulaiman M0hon Maaf Secara Terbvka Kepada Puteri Balqis

Selepas mendapat kritikan disebabkan pendapat terhadap pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya. Pelakon senior, Azhar Sulaiman tampil memberikan permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Akui Ramai Pihak Yang Marah

Menurut Azhar, dia akui ramai pihak yang meluahkan rasa marah terhadapnya disebabkan kenyataan mengenai Puteri Balqis di media sosial beberapa hari yang lalu.

“Salam Jumaat semua…Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada saya sejak dua tiga hari ni” tulis Azhar.

Titip Doa Buat Puteri Balqis

Azhar turut memohon maaf kepada Puteri Balqis dan menitipkan doa agar segala urusannya dan keluarga akan dipermudahkan.

“Aqish Uncle Har cares and loves you i’m sorry i have hurt your feelings. Semoga segala urusan Aqish & keluarga akan Allah SWT permudahkan” tulis Azhar.

Murai MY sebelum ini melaporkan mengenai hantaran Azhar Sulaiman di Instagram, mempersoalkan tindakan Puteri Balqis yang mendakwa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya, Azizi Aziz menerusi podcast Bros Gang TV di Youtube.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: murai/achikdia.com