SeteIah ViraI Surat Terbvka Syada Amzah Kepada Bapanya ND Lala, Syada TampiI Bersvara Netizen SaIah Tafsir PuIa

Sebentar tadi kami melaporkan yang adik Shila Amzah iaitu Syada Amzah tampil dengan surat terbuka kepada bapanya, ND Lala. Difahamkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana mereka tak dapat menghubungi bapa.

Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, mulai hari ini, tak ada lagi foto bersama bapa mereka.

Ayah, tak ada lagi foto ayah bermula hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.

Perkongsian Syada untuk mendapat banyak respon daripada rakan artis mahupun pengikutnya sendiri. Ada juga segelintir netizen yang salah faham seperti Syada membuang bapa sendiri dari hidupnya.

Ayah tu tetap ayah

Bertenang sudah. Hang nak kahwin nanti pun tetap cari bapak jugak sebagai wali.

Tak berdiam diri, Syada turut membalas beberapa komen yang mempertikaikan tindakannya membuat surat terbuka kepada bapa sendiri. Nauzibillahiminzalik, takkan buang bapa. Salah faham ni, bapa yang buang kami.

I takde kata “you’re not my dad anymore” ke?

Sudah diikhtiar untuk berbulan, sekarang mampu tawakal saja. Mungkin ada yang salah faham. Kenyataan Syada tu bukan bermaksud dia buang bapanya tapi dia nak beritahu yang bapanya tidak mengendahkan keluarganya.

Terdahulu, Syada Amzah tulis surat terbuka untuk bapanya ND Lala

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: ig Syada Amzah