Sharnaaz Ahmad DuIu Ditvduh PukvI PengawaI KeseIamatan, Kini BeIiau Tinggalkan Nota Untuk Hafidz Roshdi

Aktor kacak, Sharnaaz Ahmad tak ketinggalan meninggalkan pesanan buat sahabat industri, Hafidz Roshdi yang kini dilanda kontroversi.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sharnaaz berharap pelakon itu lekas sembuh supaya dia dapat perbetulkan kesilapan yang telah dibuat.

Nota Sharnaaz Ahmad buat Hafidz Roshdi

Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. You can get thru this brother!

Pelakon kelahiran Pulau Pinang ini juga memohon pengikut Instagram tak mengeruhkan lagi keadaan. Meluahkan pendapat peribadi, Sharnaaz berharap Hafidz kembali sihat dan isteri, Shuhada kembali mencari kebahagiaan walaupun bukan bersama suami.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Majistret Siti Fatimah Talib memerintahkan Hafidz Roshdi mendapatkan rawatan dan laporan kesihatan di Hospital Bahagia.

Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akbardin Abdul Kader mendakwa anak guamnya mengalami masalah bipolar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: ig Sharnaaz Ahmad/hm/achikdia.com