Muncul Kembali Dlm Sepahtu Reunion, Shuib Tanya Jep Apa Beza Sepahtu dan Kasut

Sepahtu Reunion Live kembali untuk musim kelima.

Bagi penggemar program komedi ini, anda mungkin merasakan ada kelompongan dengan ketiadaan Shuib sebagai teraju utama.

Menurut ahli kumpulan Sepahtu, Jep, ketiadaan Shuib disifatkan sebagai kehilangan besar namun mengakui ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.
Bagi Jep, ketiadaan Shuib dilihat sebagai pembuka rezeki kepada pelawak lain terutama mereka yang otai dalam industri seni.

“Sebenarnya ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar buat kami. Tetapi kita perlu fikir satu benda, program perlu diteruskan.

“Walaupun dia (Shuib) tidak dapat lakukan, kita perlu cari alternatif lain.
“Bagaimana nak cari ganti itu memang susah, tetapi kita mencari orang yang dapat memudahkan urusan kita.

“Kita cari pengganti yang menepati piawaian sama macam Shuib.

“Saya turut menganggap kekosongan itu adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan pelawak otai kerana kita tahu kadang-kadang tak semua mengalami nasib yang sama.

“Jadi ini adalah satu cabaran namun ada hikmahnya,” jelasnya.

Jep berkata demikian dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa yang disiarkan pagi tadi.

Menyentuh mengenai pemilihan artis jemputan dalam program tersebut, seorang lagi teraju utama Sepahtu Reunion Live, Rahim menjelaskan setiap kriteria diteliti bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan sebaiknya.

“Bukan sahaja soal idea yang diteliti tetapi dari segi artis jemputan juga kita adakan perbincangan dengan pihak produksi.

“Ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira, antaranya mengikut jalan cerita, umur, watak, itu memberikan gambaran siapa dan bagaimana artis jemputan untuk minggu itu.

“Memang kita ada senarai yang disediakan merangkumi beberapa nama yang ktia cadangkan yang perlu bersesuaian dengan watak pada satu-satu episod,” ujarnya.

Dah tau beza Sepahtu dan Kasut?

Namun begitu rindu peminat kepada Shuib seolah-olah terubat apabila dia membuat kemunculan di Sepahtu Reunion Live 2021 Episod 16

Masih mengekalkan konsep punchline, Shuib bertanyakan  kepada Jep Sepahtu apakah perbezaan diantara kasut dan Sepahtu. Seperti biasa Jep akan buat buat tak tahu sambil menunggu jawapan dari Shuib.

“Kasut adalah ini (sambil memegang sepasang kasut), Sepahtu itu adalah kita (sambil menunjuk semua ahli kumpulan Sepahtu)” jawab Shuib

Kata kata Shuib yang sangat mendalam itu membuatkan Jep dan Rahim terdiam dan mengamatkan seluruh dewan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ria X (@officialriax)

Shuib juga ada berkongsi di IG gambar beliau bersama ahli-ahli Sepahtu

Sepahtu Reunion kembali, hambar tanpa Shuib kata warganet

‘Shuib tak ada hambar’, demikian antara luahan yang dimuat naik seorang peminat tegar kumpulan pelawak Sepahtu yang teruja apabila Sepahtu Reunion bakal kembali bersiaran minggu ini.

Menerusi perkongsian Jep Sepahtu di laman Instagramnya, program lawak jenaka kegemaran ramai itu akan bersiaran secara langsung mulai 23 September, setiap Khamis jam 9 malam secara serentak di Astro Warna dan Astro Prima.

“Saksikan Sepahtu bersama artis ‘cameo’ yang bakal mengejutkan anda di penghujung rancangan?” kata ‘teaser’ tersebut yang dikongsi Jep.

Terdahulu oleh kerana Sepahtu Reunion edisi kali ini tidak menampilkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, rata-rata warganet yang memberi respon di ruang komen agak terkesan dan kecewa.

Difahamkan peminat rindukan kemunculan gandingan asal Sepahtu dalam edisi yang lebih segar kali ini.

Ramai yang mendakwa tanpa Shuib hambarlah gandingan itu selain menegaskan usahawan dan juga pelakon tersebut adalah DNA sebenar Sepahtu.

Difahamkan Shuib punya alasan yang cukup kukuh untuk berada jauh dari radar dunia hiburan tanah air buat sementara waktu.

Dia yang baru saja kehilangan isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin pada Ogos, akan menumpukan perhatian penjagaan kepada anak-anaknya terutama anak bongsunya Ayash Affan (1 bulan) dan tiga lagi cahaya matanya Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6.

“Soeb tak ada tak meriah sangat. DNA Sepahtu,” kata mohamadiwanfazri.

“Shuib ada tak. Kalau tak ada agak hambar,” keluh el_fadhiel_pyan.

“Shuib tak ada macam kureng sikit sekarang ni,” kongsi farid8386.

Kumpulan pelawak popular itu ditubuhkan pada 2009 dianggotai Jep, Shuib dan kemudian Rahim R2 pada 2013.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: