Shuk Gembira, Alhamdulillah, Dapat Peluang Kedua, Berdamai Dengan Sera Tunai Umrah Bersama-sama Tanpa Farah

Sudah agak lama nama pelakon dan pelawak Shuk Sahar sepi dari industri hiburan tanah air gara-gara kontroversi yang tercetus tidak lama dahulu.

Yang terbaharu, nama Shuk kembali menjadi bualan netizen apabila memuat naik foto bersama isteri, Rossa Sera di Instagram (IG), awal pagi tadi.

Menerusi latar belakang dan kapsyen pada foto, mengesahkan pasangan tersebut kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama.

Foto yang dimuat naik oleh Shuk Sahar dengan kapsyen yang mengesahkan pasangan mereka sedang menunaikan ibadah umrah bersama.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua @rossa.sera,” tulis Shuk.

Sementara itu tinjauan BOOM! di IG Story Rossa Sera mendapati, wanita itu turut memuat naik kembali (repost) hantaran Shuk pada ruangan tersebut.

Rossa Sera turut membuat rakaman video yang menampilkan suaminya bersama sekaligus mengiyakan dakwaan mereka sudah kembali berdamai.

Hantaran video yang dibuat oleh Shuk menunjukkan mereka suami isteri menunaikan umrah bersama.

Shuk dan Rossa Sera sebelum ini pernah menggemparkan industri hiburan tanah air dengan beberapa siri kecurangan dilakukan pelawak itu.

Pasangan tersebut juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang di dalam proses penceraian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BOOM/achikdia.com