Sudah Lama Tahu Hingga Tak Terkejvt Pun, Akhirnya Ellie Suriaty Lvahkan Perasaan Dia Kepada Paknil Tentang lsu Dia Dic3rai

Pelakon dan pengarah hebat, Ellie Suriaty mendedahkan kemanisan rumah tangganya selama 19 tahun sudah tidak dirasai sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri dari perkahwinannya dengan Azri Iskandar.

Kata Ellie perubahan pada Azri sudah mula kelihatan dan dia tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya sebegitu.

“Azri Mudah Kahwin Dengan Saya, Cerai Pun Mudah”- Ellie Suriaty Dedah Tak Pernah Minta Seutas Rantai

“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua”

Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya.

“Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah… Saya ni bawa pergi malam pun saya dah seronok”

Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” luahnya.

Ellie meluahkan isi hatinya kepada pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program Hard To Heard yang ditayangkan di Astro Ria, jam 9.30 malam tadi.

“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…

“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya…Its always about love,” ceritanya lagi.

Banyak lagi perkongsian dan luahan yang dibuat Ellie sehingga mengalirkan air mata selepas bercerai dengan Azri pada 17 Mei lalu.

Saksikan semula siaran penuh program Hard To Heard episod Ellie Suriaty yang tersedia di menu Astro VOD (Video On Demand) pada bila-bila masa.

Saya dah lama tahu, langsung tak terkejut

Dramatis dan pengarah popular Ellie Suriaty mengakui langsung tidak terkejut susulan pendedahan bekas suaminya, Azri Iskandar bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya dalam masa terdekat.

Kata Ellie, dia juga tidak kisah dengan keputusan bekas suaminya itu meskipun tempoh edah mereka masih belum tamat selepas masing-masing bersetuju berpisah pada 17 Mei lalu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini”

“Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan”

“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Tambah Ellie, dia juga langsung tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri untuk dijadikan peneman hidupnya kelak.

“Lebih baik saya teruskan kehidupan demi anak-anak dan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya seni”

“Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini. Sebelum bercerai lagi, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya”

“Saya tak nafikan ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik dari saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo Online! melaporkan, Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.

Kata Azri, dia mengenali bakal isterinya itu dalam tempoh 12 hari selepas bercerai dengan Ellie pertengahan bulan lalu.

Sah Cerai Dengan Azri Iskandar, Ellie Suriaty Akui Satu Keputusan Sukar – ‘Terima Kasih Untuk Kenangan Manis’

Terdahulu, Ellie memfailkan permohonan cerai ke atas Azri dan menerusi prosiding mahkamah, mereka disahkan bercerai pada 17 Mei lalu.

Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.

Sekadar info, Ellie dan Azri berkahwin pada 2003 dah hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar meninggal dunia selepas 15 minit dilahirkan, sementara anak keempatnya, Ahmad Muhammad Iskandar meninggal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penanggal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: AS Sohor/achikdia.com