Syafinaz Dik3cam Gara-Gara Dikatakan Baju Sangat Tidak Sesuai, Rupanya lni Yang Tak Kena Di Mata Netizan

Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilabel sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.

“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen.

Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.
Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

“Saya Mahu Mendengar Komen,” – Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu

Dalam perkembangan yang lain, Penyanyi dan vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed berlapang dada selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir sekaligus gagal lolos ke saingan separuh akhir Gegar Vaganza 9 (GV9), minggu hadapan.

Menurut Asheed atau nama sebenarnya, Mohd Ashid Ahmad, 49, berkata dia berpuas hati dengan persembahannya menerusi program realiti hiburan itu.

“Saya ambil peluang untuk sertai GV kerana sebelum ini jarang orang beri komen terhadap nyanyian saya. Orang puji, kata suara sedap suara unik apa semua, tapi tak ada yang komen. Jadi saya mahu mendengar (juri) komen”

“Itulah yang saya mahu, dan saya puas hati. Berjaya sampai ke minggu ke sembilan ini pun, alhamdulillah. Banyak juga ilmu yang dapat” katanya kepada MH.

“Saya Mahu Mendengar Komen,” Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu“Saya Mahu Mendengar Komen,” Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu

Ditanya apa kelemahan paling diingati yang dimaklumkan pihak juri kepadanya, Asheed mengakui dia tidak pernah lelah untuk terus belajar dalam bidang yang diminatinya ini.

“Macam contoh sebelum ini saya menyanyikan lagu Bahasa Inggeris, ada teguran membina daripada juri, macam tadi pun ada. Bunda (Hetty Koes Endang) menyentuh mengenai penghayatan saya yang kurang”

“Walau tahun depan umur saya 50 tahun, tidak semestinya saya tak boleh belajar. Mungkin pada masa akan datang rezeki saya akan cerah, siapa tahu”

“Contohnya buat lagu, meletup balik macam dahulu. Jadi untuk hal berkaitan ilmu ini, tak rugi kalau kita belajar,” katanya yang turut akui resam pertandingan, pasti akan ada yang tidak bernasib baik.

Terdahulu, Asheed yang menyampaikan lagu Lena Diulit Intan yang dipopularkan oleh Wings hanya memperoleh 58.60 peratus markah, menduduki tempat yang paling rendah minggu ini.

Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child pula berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.

Kesemua bintang GV9 diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo/achikdia.com