SyamsuI Tak Mahu Aib Sesiapa, Puteri Sarah Tidak Dapat Men4han Tervs Bersvara, Dah KeIuar Gua, PIay V1ctim PuIak

Selepas lama mendiamkan diri, pengarah tersohor, Syamsul Yusof akhirnya tampil bersuara berkenaan kemelut rumah tangganya bersama Puteri Sarah Liyana yang setiap hari mencetuskan kontroversi baru.

Akan jelaskan tak lama lagi

Dia juga memaklumkan akan segera menerangkan segala tanda tanya ramai terutamanya berkenaan isu kahwin dua yang tular beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sudah tiba masanya saya bersuara tentang hal ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.
“Berikan saya masa sedikit untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya-Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini,” ujarnya.

Jawab kenyataan Syamsul?

Namun begitu, menerusi Insta Story isterinya yang juga pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia seakan memerli seseorang yang dikatakan cuba ‘play victim’ dengan konflik yang dilalui mereka ketika ini.

“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” tulisnya.

Kata2 buat para isteri

Sebelum itu, Puteri Sarah ada berkongsi satu hantaran yang dibuat pengguna Facebook dengan mengatakan bahawa tahun 2023, para isteri akan lebih ‘lelaki’ berbanding lelaki itu sendiri.

Dia juga berharap agar mereka yang senasib dengannya akan terus kuat menghadapi ujian mendatang.

Terdahulu, Syamsul Yusof menerusi Instagramnya telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikutnya di media sosial.

Dia berjanji ajan segera menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga seperti yang sedang tular kebelakangan ini.

Ujarnya, dia tidak mahu membuka pekung atau aib mana-mana pihak apabila bercerita tentang masalah rumah tangga seperti yang dilakukan isteri kerana perkahwinan adalah hal peribadi antara mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Syamsul Yusof/Puteri Sarah Liyana/achikdia.com