Syatilla Melvin RisaV Jika Adik BergadVh Dengan Safawi, S3ram Tengok B3tis Besar, Ramai K3cam Kerana Syatilla Tengok Betis Safawi

Pelakon Syatilla Melvin menjadi bualan di bibir netizen apabila dia mengusik ‘manja’ adiknya, Syifa Melvin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Safawi Rasid telah mencetuskan reaksi netizen.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @aiena.ms dan @anisnatasya di laman TikToknya, kelihatan Syatilla bersama adik beradik yang lain sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di apalikasi tersebut.

Peha besar-besar peti ais daging!

Dalam video tersebut, Syatilla meluahkan rasa kebimbangannya selepas melihat Safawi yang berbadan atlet ketika di padang dan membayangkan Syifa akan teruk dikerjakan jika mereka menghadapi sebarang pertengkaran.

“Aku tengok betis dia kat tengah-tengah padang kan, aku mula terfikir..ni kalau dia gaduh dengan Syifa, Pawi terajang dia mampuih aku rasa patah bengkok adik aku, peha besar-besar peti ais daging!” ujarnya.

Tak sengaja nampak betis Safawi

Dalam pada itu, Syatilla yang merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam menjelaskan dia ternampak betis Safawi disebabkan dia memakai seluar pendek dan bukan berniat untuk melihat betisnya secara sengaja.

“Aku bukan usya betis dia dah pakai seluar pendek aku nampak lah, lepas itu dalam kepala aku mula la fikir kalau dia terajang adik mampuih,” katanya lagi.

Sekadar info, Syifa Melvin, 28, sah bergelar isteri kepada Safawi Rasid, 25, pada 28 November di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu kota

Sumber: TT anisnatasya/aiena.ms/achikdia.com