
“Apa yang saya boleh kata, bertaubatlah sebelum terlambat”, itulah antara pesanan yang diberikan pelakon Farid Kamil kepada isteri Diana Danielle. Farid juga sebelum ini turut menawarkan sejumlah wang, kereta dan barang kemas kepada isterinya sebagai tanda pendamaian.
Farid yang ditemui pihak media bagaimanapun tetap memaafkan isterinya itu tidak kira sebesar manapun kesalahannya dan masih mahu menyelamat rumah tangga mereka.
Farid Kamil tetap maafkan perbuatan isteri
Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan, itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh nak ampunkan.
Saya sebagai manusia akan memaafkan dia walau apa sahaja kesalahan dia buat sebab dia adalah isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya mahu selamatkan rumah tangga kami.
Farid bagaimanapun tidak mahu mendedahkan apa kesalahan yang dilakukan isterinya dan berkata begitu selepas hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk proses Sulh. Proses itu bagaimanapun gagal kerana isterinya tidak hadir untuk berunding bersama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: mStar/achikdia.com