Tak Kena Cara, Michael Ang Dik3cam Netizen Kerana K0ngsi 4ksi Gh4irah Untuk Pr0mosi Drama

Perkongsian pelakon dan pengarah popular, Michael Ang menjadi bualan apabila memuat naik gambar yang dianggap tidak sesuai untuk khalayak ramai sekaligus mengundang kecaman netizen.

Difahamkan, gambar dikongsikan itu dipercayai untuk mempromosi drama yang terbaharunya yang bertajuk Apa Dosaku 2.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Michael itu dikritik dan dikecam oleh netizen yang mendakwa pengarah itu tidak menjaga sensitiviti serta nama baik Islam.

Malah, diruangan komen ada yang meminta agar hasil karyanya ini tidak dimainkan di stesen televisyen. Dalam pada itu, ada yang mengatakan gambar tersebut boleh mengundang fitnah.

Perlu ke buat macam ini?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik dan mencemuh tindakan berani pengarah yang berusia 46 tahun yang tidak menjaga sensitiviti dan tidak menjaga nama baik islam.

Boleh pengaruhi fikiran anak muda sekarang!

Bukan itu sahaja, netizen berpendapat dia tidak sepatutnya memuat naik gambar seperti tersebut kerana boleh mengundang fitnah dan boleh mempengaruhi fikiran anak muda untuk melakukan aksi terkutuk seperti itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rk/achikdia.com