Tak PasaI PasaI, Baru Sahaja 2 Tahun Mendirikan Rumahtangga, lsteri D4kwa Cat Farish Lafaz C3rai Tiga KaIi

Tiada angin, tiada ribut, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Cat Farish iaitu Suriani Hassan mendakwa suaminya sudah melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

Memetik portal Harian Metro, Suriani yang juga pereka fesyen tempatan memberitahu Cat melafazkan cerai pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Sehingga hari ini, saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab,” ujarnya.

Meskipun enggan memberi komen lebih lanjut, wanita berusia 36 tahun itu sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu .

Katanya, tindakan itu dibuat bagi membolehkan mahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan oleh Cat kepadanya.

Ceritanya lagi, dia cuba menghubungi Cat sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan masalah tersebut tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas.

“Jadi saya anggap dia memang berniat untuk ceraikan saya dan berharap kes ini akan selesai segera,” katanya.

Dalam pada itu, Suraini berkata dia reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan memohon agar Cat memberikan kerjasama baik untuk kes perbicaraan perceraian mereka yang bakal berlangsung pada 16 Januari depan.

“Apapun keputusan yang bakal ditentukan nanti saya reda dan anggap kami tiada jodoh. Tipulah kalau saya masih tak sayangkan perkahwinan ini kerana usia pernikahan kami masih baru,” pintanya.

Sementara itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli ketika dihubungi berkatam mereka sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan tiada apa-apa yang boleh diceritakan lagi memandangkan ia melibatkan dirinya dan isteri.

“Keluarga pun tak tahu. Tak pasti juga macam mana orang luar boleh hidu. Itu yang tak syok”

“Kalau saya jawab, isu ini berpanjangan pula. Lagi pula sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk berdiam diri dulu. Ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Cat bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila disoal mengenai dakwaan lafaz cerai sebanyak tiga kali. Katanya, dia menyerahkan keputusan ‘sah’ lafaz cerai kepada pihak mahkamah.

“Soal lafaz itu sah atau tidak biar mahkamah tentukan. Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan tak nak berlaku”

“Siapa yang berkahwin nak cerai kan? Apa pun yang terjadi, saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Sekadar info, Cat dan Suriani mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Pun begitu, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramlu dan bercerai pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar,11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm/lg catfarish/achikdia.com