Tak Sangka Ini Kata Kata Dari Yusof Haslam Buat Ramai Terkejvt, Saya Tak Mahu Lagi Lihat Dia Duduk Di Rumah Tu

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mendedahkan yang dia sentiasa memberi galakan kepada Puteri Sarah untuk keluar bekerja bagi melupakan masalah yang sedang dihadapinya buat masa ini.

Yusof berkata, dia tidak mahu melihat menantunya duduk terperap di rumah dan menganggap hal tersebut sebagai satu perkara yang tidak baik untuk kesihatan dan juga masa depannya.

“Saya memang galakkan dia bekerja. Seperti hari ini, dia jemput saya untuk menonton pementasan Madu Ku Terpaling Kalut yang dijayakannya. Jadi, sebagai bapa mentua, saya datang beri sokongan bersama isteri”

“Jujurnya, saya gembira lihat Sarah kembali berlakon. Saya tak nak lihat dia asyik terperap di rumah. Nanti dia lagi tertekan. Jadi, untuk elakkan stress, elok dia bekerja,” katanya kepada Gempak.

Yusof Haslam diminta mengulas mengenai penglibatan pertama menantunya, Puteri Sarah di pentas teater menerusi pementasan Maduku Terpaling Kalut.

Dalam pada itu, Yusof sempat memberikan nasihat kepada anaknya, Syamsul. Yusof berkata: “Sebagai seorang ayah, saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik. Harapan saya, jangan buat kesilapan dalam kehidupan,” katanya lagi.

Teater Maduku Terpaling Kalut merupakan sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.

Selain Puteri Sarah, teater ini Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan oleh Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: webfastnews/achikdia.com