Tak Sangka, Rupa-rupanya Sahabat Sekolah Menengah Shila Amzah Jadi Peny0ndoI DaIam Rumah Tangga ND Lala

Entri terkini dimuat naik ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman semalam ternyata mencetuskan tanda tanya dalam kalangan semua pihak.

Berkongsi sekeping gambar hitam putih seorang wanita bertudung, Fauziah mendedahkan bahawa individu terbabit adalah ‘penyondol’ bernama Siti Munirah Abd Ghani.

Siti Munirah Abd Ghani

Pendedahan itu secara tidak langsung telah mengejutkan para pengikutnya dan menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini yakni dia telah dimadukan.

Fauziah bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap komen pengikutnya.

Persoalan turut timbul apabila gambar-gambar suaminya sudah tiada di Instagram miliknya, bahkan tidak lagi mengikuti ND Lala.

Namun begitu, difahamkan Siti Munirah bukanlah asing buat keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia merupakan sahabat anak mereka sewaktu di bangku sekolah menengah.

Ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, wanita itu sering berkunjung ke rumah Shila.

Malah, penyanyi popular berkenaan pernah memuat naik hantaran di Instagram miliknya memberitahu dia sedang mencari Siti Munirah.

Akhir Februari lalu, dilaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan berkahwin lain secara rahsia dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: BOOM/achikdia.com