Tak Serupa Bikin, Dilihat Suami Fatin Afeefa Seronok Nyanyi Di Karaoke, Kata Haram Dengar Lagu

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau mesra disapa Opai menyatakan dia tidak suka pergi ke konsert kerana menganggap ia perbuatan haram .

Haram dengar lagu, tak suka pergi konsert

Disebabkan itu, dia lebih gemar mendengar zikir apabila ditanya oleh warganet sama ada dia akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12 atau tidak.

Sedapnya suara Opai nyanyi

Terbaharu, tular sebuah video selepas beberapa hari Opai berseloroh mengeluarkan kenyataan ‘haram mendengar muzik’ sewaktu sesi siaran langsung bersama warganet menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi video dikongsikan pengguna dikenali @babes_faa, kelihatan suami Fatin Afeefa yang juga seorang ‘trader’ kelihatan asyik mendendangkan sebuah lagu dari penyanyi terkenal Indonesia, Judika berjudul Aku Yang Tersakiti.

“Dengar suami nyanyi. Comel je muka Fatin,” tulisnya.

Haritu kata haram dengar lagu…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka seakan terhibur dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Opai beberapa hari lepas.

Dengar zikir la kot, bukan nyanyi….

Selain itu, kebanyakan warganet meninggalkan komen berbaur sindiran apabila melihat Opai sedang ‘rancak’ menyanyi disamping isterinya, Fatin Afeefa di sebuah pusat karaoke.

Mereka mengatakan Opai tidak menyanyi di pusat karaoke berkenaan, sebaliknya mengalunkan zikir.

Sedang membaca la kot…

Bukan itu sahaja, mereka juga berseloroh dengan mengatakan Opai sebenarnya bukanlah menyanyi, sebaliknya sedang ‘membaca’.

Sekadar info, nama suami pelakon Fatin Afeefa sering menjadi perhatian ramai sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: tt babes_faa/achikdia.com