Terlalu Kecewa, Ali Puteh Kata Dah Pulangkan Barang Penabur, Bergelak Ketawalah, Ada Yang Ejek Ini Jenaka

Semalam, pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bangkai mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang.

Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mati.

Difahamkan, pada pagi Jumaat Hidayah dan keluarga datang bersama peguam ke rumah peninggalan arwah Abam Bocey namun tak disambut penghuni rumah.

Video perkongsian Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat naik. Perkara itu dah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada betul ke dakwaan tu.

Terbaru, pelawak ini berkata, ada yang meninggalkan komen sindir serta menganggap taburan garam limau dan bangkai yang dijumpainya itu sebagai mainan.

Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang. Bukan handal dengan ilmu untuk aniaya orang.

Namun katanya, orang ramai tak akan faham selagi tak kena pada diri mereka sendiri. Peserta program Raja Lawak musim ke- 6 ini turut meninggalkan pesan kepada ‘penabur barang’ bahawa dia dah pulangkan ‘pemberian’ tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Syed Ali