Tidak Bediam Diri, Akhirnya Shahrol Shiro Beri Peringatan Ker4s Kepada Brader AfdIin, ToIong Jangan HiIangkn Rasa H0rmat Saya Pada Abang

Kontr0versi wanita menghlna agama IsIam ketika membuat persembahan stand-up di Crackhouse Comedy Club semakin panas apabila pelawak Shahrol Shiro membldas kenyataan Datuk Afdlin Shauki yang tidak bersetuju pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi berkenaan.

Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi dalam kenyataan di Instagram tetap bertegas dengan pendiriannya yang bersetuju kelab tersebut ditutup apatah lagi pelbagai video mengenai persembahan komedi berdiri di lokasi itu yang tersebar dan menylnggung perasaan orang ramai.

“Seperti dijangka banyak video tersebar mengenai persembahan stand up kelab tersebut yang membuatkan ramai terslnggung. Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara t4kut ia mendatangkan mud4rat lebih besar,” katanya.

Malah dalam hantaran berbeza, Sharol turut memuat naik beberapa gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan yang memperlihatkan di meja pelanggan dihidangkan minuman ker4s.

Shahrol mengharapkan agar jangan menyamakan lawak komedi stand-up dan penceramah agama

Shahrol turut mempersoalkan hukum menari rezeki dalam IsIam yang menghidangkan minuman itu kepada penonton.

“Hurailah hujah panjang berjela sekalipun atas asbab jasa sebuah kelab yang menjadi penggiat komedi stand up mencari rezeki, tetapi terdetik di hati saya seorang insan yang tidak pandai agama itu, apakah hukumnya mencari rezeki menghiburkan jiwa para penonton yang sedang kh4yal meneguk minuman ker4s”

“Daripada pengetahuan saya, menjadi bouncer menjaga pintu luar kelab malam yang menyediakan minuman ker4s pun har4m, inikan pula berada di dalamnya,” tulisnya.

Sementara itu, Shahrol turut membldas kenyataan terbaharu Afdlin yang menyamakan lawak yang diselitkan dalam ceramah agama dengan persembahan komedi berdiri.

Shahrol berkata, tindakan penceramah memasukkan elemen komedi adalah bagi menarik perhatian pendengar agar lebih menarik dan tidak sepatutnya disamakan dengan lsu yang sedang berlaku.

“Mereka selitkan sedikit lawak supaya yang mendengar tidak bosan dan mengantuk. Dengan lawak juga mereka daapt merasakan Islam ini mudah dan mampu menarik golongan muda terutamanya dekat dengan Islam,” terangnya.

Tidak hanya itu, Shahrol turut mempersoalkan tindakan Afdlin yang bersungguh-sungguh mempertahan kelab komedi itu.

“Saya akan terus bersuara jika abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri,” jelasnya.

Shahrol turut menjelaskan kelantangannya bukan bertujuan untuk memenuhi agenda politik dan tidak wajar saling menuding jari kepada mana-mana pihak dan meminta k3s itu dislasat oleh pihak berkuasa.

“Kita ketepikan dulu ideologi p0litik sebab lsu pokoknya hari ini adalah sebuah kelab yang menjadi tempat berkumpulnya para penggiat komedi stand up yang dilihat meraikan kandungan sensltif terutamanya lsu agama,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar/achikdia.com