Tidak Berdiam Diri, Akhirnya Shuib Terus BaIas ApabiIa BeIiau Dikaitkan Ada Hvbungan Dengan Watie Ketika 4rwah Siti Masih Hidup

Pelawak dan penyampai radio, Shuib menafikan dirinya sudah mengenali wanita bernama Watie ketika masih bersama Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

Shuib berkata, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah yang akan menjejaskan maruah keluarganya.

“Video tular yang kononnya saya bermain golf dengan dia adalah tidak benar sama sekali. Video itu dirakam pada 2021 dan ketika itu saya belum bermain golf lagi”

“Saya tak nak disebabkan isu ini orang cakap rupa-rupanya ketika Sarah ada (hidup) saya sudah berkawan dengan orang lain. Saya tak pernah buat macam itu”

“Kalau nak cakap lama ke saya kenal Watie, jawapan saya tidaklah lama sangat”

“Saya mohon jangan sebarkan fitnah yang tidak betul. Kesian kepada saya dan anak-anak kerana mereka juga sudah pandai membaca,” katanya.

Menurut Shuib, dia bersyukur kehadiran Watie disenangi oleh anak-anaknya dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan mental mereka.

“Anak-anak saya memang sudah kenal saya. Gambar yang tular itu bukan pertemuan pertama mereka. Alhamdulillah mereka selesa dan gembira”

“Sekarang ini saya sangat mementingkan kesihatan mental anak-anak kerana saya faham keadaan mereka yang perlukan seorang wanita”

“Setiap kali ada benda baik seperti sekarang ini saya akan raikan bersama anak-anak. Kadangkala saya pun tak tahu apa yang terbaik tapi setiap yang baik kami cuba raikannya,” katanya.

Terdahulu, Shuib mengesahkan sedang berkawan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.

Pada 9 Ogos 2021, Sarah Menghembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Covid-19.

Sarah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar sebelum meninggal dunia.

Selain Ayash, pasangan itu memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM/achikdia.com