Tidak Dapat Men4han Kemar4han, Aliff Syukri MeIantun, D4kwa Yana Samsudin Pec4hkan Pasu Harga RM400k

Usahawan kontroversi, Dato’ Aliff Syukri nampaknya masih mengekalkan kerenahnya dengan berkongsi video ‘merentan’ di media sosial apabila memuat naik perkongsian rasa tidak puas hati terhadap pasangan selebriti, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Pecahkan pasu harga RM400,000

Menerusi Instagramnya, Aliff Syukri dilihat mengamuk kerana Yana dikatakan terlanggar pasu bunga bernilai RM400,000 di kediamannya sehingga pecah.

Justeru itu, pelantun lagu raya Chu Ku Chuk Raya telah mengatakan yang dia terpaksa memuat naik video tersebut kerana Yana dan suami dikatakan tidak mahu bertanggungjawab.

Aliff kata nak saman

Ujarnya, dia memberikan masa 48 jam untuk Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin untuk memberi respon atau surat peguamnya sampai kepada pasangan tersebut.

Dia juga mengatakan pasangan selebriti itu bertindak kurang ajar dengan tidak mengakui kesalahan sedangkan menggunakan kediamannya untuk tujuan pengambaran.

Jadi, usahawan berkenaan memberi peringatan kepada Yana dan Fadzil supaya menghormati dirinya sebagai tuan rumah ataupun lebih banyak video bukti dikongsikan yang mungkin boleh mengaibkan keluarga mereka.

Kalau dah penyanyi no.1, janganla nak berlakon pula

Walau bagaimanapun, pengguna media sosial seakan sudah boleh membaca ‘permainan’ Aliff Syukri apabila merasakan video yang dikongsi adalah gimik memandangkan lakonannya tidak nampak ‘real’.

Mereka juga menyarankan agar usahawan kontroversi itu memperbanyakkan latihan agar gimik yang ingin dibuat menjadi.

Dah keluar dekat TV ke drama ni

Yana boleh tahan gelak ye

Yana tu acah2 terhuyung-hayang pulak

Dato’ berlakon pun keras macam kayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: ig aliffsyukriterlajaklaris/achikdia.com