Tidak Dapat Menahan Sebak, Ibu Mentua Puteri Sarah Bersvara, Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ini DitinggaIkan

Kisah rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof kembali menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendakwa suaminya itu dah bernikah dengan orang ketiga di Thailand.

Puteri Sarah juga mempertikaikan tindakan suaminya yang ingin menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang didakwa membuat fitnah.

Terbaru, ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail memuat naik dua hantaran di Instagram Story meluahkan rasa sedih melihat keluarga menantunya itu ditinggalkan.

Dalam hantaran itu, Datin Fatimah meletakkan gambar Puteri Sarah dan anak-anak sebagai latarbelakang.

Doa Puteri Sarah dan anak-anak bahagia

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada pengarah Syamsul Yusof ini berdoa semoga Allah SWT memberi kebahagiaan kepada Puteri Sarah dan dua anaknya.

Beliau memohon menantu dan cucunya yang ditinggalkan diberi kekuatan menempuhi ujian hidup.

Difahamkan, Puteri Sarah serta dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kini sedang melancong di Jepun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lg dpatimah012