Tidak KetinggaIan & Tahniah, SeteIah Sekian Lama Mamat Exists Akhirnya Bergelar Datuk Pada Usia 44 Tahun

Penyanyi Exists, Mamat, 44, kini bergelar datuk selepas menimang cucu perempuan yang dilahirkan empat hari lalu. Bayi itu adalah anak kepada anak kedua Mamat iaitu Mohd Eiki Daniel, 22.

“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001. Selain Eiki, mereka juga dikurniakan dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata, dia belum berkesempatan melawat cucu dan menantunya buat masa ini.

“Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Zepp KL malam esok”

“Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin “Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi,” katanya.

Mamat dan anggota Exists iaitu Along (gitar) Ajai (keyboard), Musa (bass) dan Ujang (dram) serta dua penyanyi undangan iaitu Pasha dan Eiz ditemui di majlis Lepak-Lepak Bersama Exists di Medan Selera Taman Kosas, Ampang anjuran Johan Aziz yang juga pengasas kumpulan itu, malam tadi.

Mamat yang bercerai dengan Shila pada 2009 mengakui hubungan dengan bekas isteri dan anak-anak serta mentuanya kekal baik sehingga sekarang.

“Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya pun selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua”

“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah”

“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum”

“Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain,” katanya.

Bercerita mengenai Konsert Resolusi Exists, Mamat berkata, dia sudah bersedia untuk beraksi.

“Saya harap peminat hadir beramai-ramai menyaksikan untuk berhibur. Esoknya jangan lupa pergi mengundi. Itu yang penting,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM/achikdia.com