Tidak Mahu Berdiam Lagi, Ibu Mertua Puteri Sarah Muatnaik Kata Kata Kepada Menantunya Buat Netizen Sebak

Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail masih lagi bersedih mengenangkan nasib menantu kesayangannya itu meskipun menyokong penuh tindakannya memfailkan cerai terhadap suami, pengarah Syamsul Yusof.

Patimah berkata, sebagai seorang ibu, dia mahu melihat Puteri Sarah bahagia dan merasakan sudah cukup derita ditanggung aktres berkenaan selama ini.

“Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita,” katanya.

Perkongsian yang dibuat Patimah di Instastory

Patimah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu turut berkongsi kata-kata semangat yang dipercayai ditujukan khas buat menantunya tersebut.

“Saya berharap kamu diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan dalam memilih jalan terbaik.

“Saya berharap perjalanan yang terbaik untuk kamu dan berhenti membantu orang sepanjang masa. Dengar kata hati dan ambil risiko dengan teliti,” katanya.

Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Kata-kata semangat yang dikongsi Patimah

Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.

Tindakan itu dibuat Puteri Sarah selepas Syamsul mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka baru-baru ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com