Tidak Tah4n Dengan KeIakuannya, Abby Abadi Bahan Shuk Sahar Depan-Depan, Bila Nak Kahwin Dengan Fara

Baru-baru ini perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memaparkan pelawak Shuk Sahar yang datang ke rumahnya untuk menghantar produk wajah.

Menerusi video dimuat naik di TikTok itu, Abby bertanyakan kepada pelawak itu bila dia akan berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Fara yang didakwa orang ketiga kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera.

“Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?,” tanya Abby.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Shuk dilihat hanya ketawa apabila mendengar soalan yang ditanyakan Abby itu dan seolah-olah tidak selesa.

“Apa ni kak? Bahaya nya video dia ni,” kata Shuk.

Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf pada kapsyen video tersebut serta mengatakan dia sememangnya suka membahan Shuk.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan usikan tersebut serta mengatakan secara depan-depan Abby membahan pelawak itu.

Sementara itu, Rossa Sera juga dilihat turut meninggalkan komen pada perkongsian itu seolah setuju dengan usikan Abby.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: xtra/achikdia.com